Drama Curi-Curi Cinta (2019) TV3 - Kepala Bergetar

Info Drama Terkini, Info Rancangan TV Terkini, Tonton Drama Setiap Hari, Update Drama Melayu Terbaharu

Friday, 14 June 2019

Drama Curi-Curi Cinta (2019) TV3

Curi-Curi Cinta

Tajuk : Curi-Curi Cinta
Mula Tayangan : 29 April 2019
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Terbitan : SR One Sdn Bhd & Dear Creative Media
Jumlah Episod: 28

Pelakon: Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, Azri Sabri, Farisha Irwayu, Laila Nasir, Mandy, Kenji Sawahii, Khai Taufan, Hana Nabilah, Zalfa Zin

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Terlalu Memuja
Penyanyi : Wany Hasrita

SINOPSIS CURI-CURI CINTA
Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza. 

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

No comments:

Post a Comment

Drama

Telefilem

Program TV